Monday, March 15, 2010

MENJADI KREATIF

Dipetik daripada sesi kuliah Dr. Othman Talib (merujuk buku Edward de bono)
15 march 2010. (dalam bentuk luahan hati penulis)



hari ni aku tertarik dengan kuliah Dr. OT walhal dah 9 minggu ak xpernah tumpukan perhatian. mana tak nye... apa yang dia cakap sumenye tentang fakta yang tak menarik... tapi hari ni lain, die ada bercerita sikit dan berkongsi banyak tentang ilmu di dada beliau ( xbermaksud ari lain die kongsi ilmu di anggota badan yg len)hahaha

pada awal die mengajar tu mmg nak tido ar.. tambah lagi lukisan dari kekwn sebelah.. menjatuhkan emosi membebaskan naluri btol..haha tp the best part was he said "Edward de Bono"... at first, ramai yang fikir "edward de bodo".. Dr bercerita lah tentang penulis buku ni. beliau sebenarnya seorang ahli fikir yang popular dengan teori-teorinya... kalo korang sume tak percaya wujudnye manusia ni try masuk link beliau::: www.edwarddebono.com.. edward telah mempelopori satu teknik pemikiran kritis dan kreatif yang dinamakan beliau sebagai CoRT (cognitive research trust). ringkasnya... teknik ini menekankan thinking spread!!!! iaitu secara analoginya.....

sekiranya kita menggali lubang untuk mencari penyelesaian masalah , kita akan gali sampai dalam. akibatnya kita sendiri tersekat di dalam lubang. namun, bagaimana sekiranya kita menggali lubang lain untuk mencari penyelesaian terhadap lubang awal tadi..???

nak faham idea edward memang susah bagi kita yang bukan orang sastera n psikologi.. oleh itu, mari kita lihat satu contoh aplikasi ideanya di dalam sekolah untuk tatapan guru-guru...



dalam satu kejadian, kita sbg guru pasti akan dilantik untuk menjadi guru penyelaras bagi sesuatu program seperti minggu sains dan matematik. dan semasa meeting program, pengetua bertanya apa yang aktiviti awak sarankan. dengan yakin guru2 akan menjawab, projek reka cipta!!! kuiz!!!! ....

tapi ni kan idea lama.. sume sekolah wat benda ni. sekolah tadika pun skrg buat tau..haha oleh itu, Edward lahir bersama ideanya, yang dipanggil teknik "po" yang diambil daripada perkataan "possibility"... ambil sebuah kamus yang sarat dengan perkataan dan tunjukkan jari anda ke arah mana2 perkataan secara rawak. sebagai contoh... anda telah mendapat perkataan "kampung", dan cuba fikirkan bagaimana anda nak implan kan kampung dalam aktiviti anda???? mari saksikan idea yang baru




1. kita lakukan tema "kampung" yang popular kat negara kita ni
2. bagaimana orang kampung mengaplikasikan asas sains dalam kehidupannya? adakan pameran tentang hal ini!!!!
3. adakan pendedahan tentang peralatan sains di kampung seperti memancing ikan.. dpat juga dikaitkan dengan teori fulkrum fizik!!!
4. mercun buluh sering dimainkan oleh orang di kampung yang menggunakan serbuk blerang.. adakan juga pendedahan tentang serbuk letupan dan sejarahnya dan fungsi sebenarnya!!!!

edward berkata lagi, cari lah kamu mana2 objek disekeliling kamu... kaitkanyya.. maka guru tadi terjumpa speaker di bilik mesyuaratnya.. lihat kaitannya....

1. apa kata kita ada kan pertandingan mereka mesin ombak mini yang menghasilkan tenaganya sendiri.???????

bukan kah idea2 ini baru dan lebih terperinci dan tak terbatas kepada pengalaman dan pemerhatian sembelum anda sahaja?????? kalau anda tidak percaya... cubalah dalam mana2 meeting anda.. pasti bos anda akan terpegun dan memuji kekreatifan anda.. jangan bagi idea yang lapuk tapi yang baru dan menarik!!!!!

No comments:

Post a Comment