Monday, March 15, 2010

MENJADI KREATIF

Dipetik daripada sesi kuliah Dr. Othman Talib (merujuk buku Edward de bono)
15 march 2010. (dalam bentuk luahan hati penulis)



hari ni aku tertarik dengan kuliah Dr. OT walhal dah 9 minggu ak xpernah tumpukan perhatian. mana tak nye... apa yang dia cakap sumenye tentang fakta yang tak menarik... tapi hari ni lain, die ada bercerita sikit dan berkongsi banyak tentang ilmu di dada beliau ( xbermaksud ari lain die kongsi ilmu di anggota badan yg len)hahaha

pada awal die mengajar tu mmg nak tido ar.. tambah lagi lukisan dari kekwn sebelah.. menjatuhkan emosi membebaskan naluri btol..haha tp the best part was he said "Edward de Bono"... at first, ramai yang fikir "edward de bodo".. Dr bercerita lah tentang penulis buku ni. beliau sebenarnya seorang ahli fikir yang popular dengan teori-teorinya... kalo korang sume tak percaya wujudnye manusia ni try masuk link beliau::: www.edwarddebono.com.. edward telah mempelopori satu teknik pemikiran kritis dan kreatif yang dinamakan beliau sebagai CoRT (cognitive research trust). ringkasnya... teknik ini menekankan thinking spread!!!! iaitu secara analoginya.....

sekiranya kita menggali lubang untuk mencari penyelesaian masalah , kita akan gali sampai dalam. akibatnya kita sendiri tersekat di dalam lubang. namun, bagaimana sekiranya kita menggali lubang lain untuk mencari penyelesaian terhadap lubang awal tadi..???

nak faham idea edward memang susah bagi kita yang bukan orang sastera n psikologi.. oleh itu, mari kita lihat satu contoh aplikasi ideanya di dalam sekolah untuk tatapan guru-guru...



dalam satu kejadian, kita sbg guru pasti akan dilantik untuk menjadi guru penyelaras bagi sesuatu program seperti minggu sains dan matematik. dan semasa meeting program, pengetua bertanya apa yang aktiviti awak sarankan. dengan yakin guru2 akan menjawab, projek reka cipta!!! kuiz!!!! ....

tapi ni kan idea lama.. sume sekolah wat benda ni. sekolah tadika pun skrg buat tau..haha oleh itu, Edward lahir bersama ideanya, yang dipanggil teknik "po" yang diambil daripada perkataan "possibility"... ambil sebuah kamus yang sarat dengan perkataan dan tunjukkan jari anda ke arah mana2 perkataan secara rawak. sebagai contoh... anda telah mendapat perkataan "kampung", dan cuba fikirkan bagaimana anda nak implan kan kampung dalam aktiviti anda???? mari saksikan idea yang baru




1. kita lakukan tema "kampung" yang popular kat negara kita ni
2. bagaimana orang kampung mengaplikasikan asas sains dalam kehidupannya? adakan pameran tentang hal ini!!!!
3. adakan pendedahan tentang peralatan sains di kampung seperti memancing ikan.. dpat juga dikaitkan dengan teori fulkrum fizik!!!
4. mercun buluh sering dimainkan oleh orang di kampung yang menggunakan serbuk blerang.. adakan juga pendedahan tentang serbuk letupan dan sejarahnya dan fungsi sebenarnya!!!!

edward berkata lagi, cari lah kamu mana2 objek disekeliling kamu... kaitkanyya.. maka guru tadi terjumpa speaker di bilik mesyuaratnya.. lihat kaitannya....

1. apa kata kita ada kan pertandingan mereka mesin ombak mini yang menghasilkan tenaganya sendiri.???????

bukan kah idea2 ini baru dan lebih terperinci dan tak terbatas kepada pengalaman dan pemerhatian sembelum anda sahaja?????? kalau anda tidak percaya... cubalah dalam mana2 meeting anda.. pasti bos anda akan terpegun dan memuji kekreatifan anda.. jangan bagi idea yang lapuk tapi yang baru dan menarik!!!!!

Saturday, March 13, 2010

HORSEPOWER

assalamualaikum w.b.t.
salam 1 Malaysia

Dalam usaha mewujudkan 1 blog akademik ciptaan penulis, saya ingin menceritakan tentang sesuatu yang dekat dengan kita tetapi sejauh mana kita memahami konsepnya??? mari kita mulakan dengan istilah ini "kuasa kuda" / "horse power",so, what is the first thing comes to your mind? how fast the horse can run? how many energy the horse post?... until now, its make us confuse rite.. lets poke from the window and seek for the truth..


ferrari enzo merupakan kereta keluaran ferrari yang mempunyai komponen enjin di belakang pemandu. mempunyai 4 injap dalam setiap selinder dan mencapai kelajuan 161km/j dalam kurang 7 saat. ia mempunyai horsepower sebanyak 660.. justeru itu, bagaimana kita menakrifkan horsepower ini? walaupun ia sudah tidak lagi begitu komersial di Malaysia... namun dalam pelbagai industri di Malaysia yang melibatkan kaloborasi bersama pihak luar negara seperti negara eropah dan jepun, penggunaannya adalah utama!!!!!!!!!!!!




tahukah kita pencipta istilah "horsepower" ini dekat dengan kita...???? berapa kali kita sebut watt, kilowatt etc. dalam hidup seharian kita? ingatkah kita pada ayat ini.. apekk... mentol 60 watt 1 biji!!!!! apa watt tu???

seorang yang bernama James Watt adalah seorang pekerja lombong arang yang menggunakan kudanya untuk mengangkut arang.. beliau menjadi ingin tahu berapa kuasa haiwan beliau. akhirnya beliau telah menyimpulkan bahawa kudanya (ponies)
boleh mengangkut 1 pound arang setinggi
33 000 kaki dalam masa seminit.!!!!!




kurun selang kurun, abad selang abad... ia mula di gunakan sebagai takrifan kuasa dalam kereta, mesin rumput, gergaji berantai, kenderaan berat, dan vacuum di rumah anda!!!!

lihat pula penukaran unit ini:

1. 1 horsepower = 746 watt ( jumlah watt yang sama bagi mesin larian atlet)
2. 1 horsepower = 1055 joules
3. 1 horsepower = 0.252 kalori

ini bermakna sekiranya anda makan roti telur dan dhal yang biasanya mempunyai 414 jumlah kalori , anda telah menjana 1642.85 horsepower anda tersendiri!!!! (sekiranya 100% efisien diterima badan tanpa metabolism)!!!!!


Saturday, January 23, 2010

SEDIKIT CORETAN DERIA


PERNAH KAH KITA TERFIKIR....
bagaimana manusia mengetahui sistem deria mereka terletak dibawah lapisan kulit??
adakah jawapannya sesenang "kulit aku sakit kena air panas, mestilah die kat kat kulit"!!!

bagaimana pula kita menjawab persoalan tentang haba matahari?
mereka pernah bertanya kepada sahabat mereka... kenapa matahari megeluarkan kepanasan??
mereka menjawab...
"sedangkan ia bercahaya terang.. masakan kamu tidak terasa panasnyee.."
mereka bertanya lagi...
" dan bagaimana pula bulan yang diatas kamu.. ia bercahaya juga.. tp kenapa malam2 kamu dibaluti kesejukan????"

ini membuktikan tidak semua soalan yang mudah harus dijawab dgn jawapan yg mudah... ia memerlukan kita kembali kepada Al-Quran.. yg memimpin ummah manusia sekian lama...

berbalik kepada deria rasa.. Pengethuan mengenai ciri deria-merasa ini sudah diketahui sejak lama dahulu, seperti yang dinyatakan ayat Surah An-Nisaa’, 4: Ayat 56 bahawa jika seseorang itu membuat dosa, dia akan diazabkan dengan dibakar kulitnya, kemudian Allah subhanahuwata’ala akan menggantikan kulit yang baru untuknya supaya dia boleh terus merasai keazaban itu. Ini bermakna mereka tahu sejak lama dahulu bahawa penerima deria rasa sakit berada di dalam kulit, justeru, mereka menggantikan kulit yang baru.

ayat ini dengan jelas menerangkan tiada apa yang menyebabkan mereka merasa kesakitan kecuali dengan kulit mereka.. Justeru, jika kulit telah hangus terbakar secara keseluruhanntya, ia akan kehilangan deria rasanya. Oleh kerana itulah, Allah subhanahuwata’ala akan menyiksa mereka yang tidak beriman di Hari Pembalasan dengan memberikan kulit yang baru kepada mereka setiap kali kulit sebelumnya telah habis hangus, sebagaimana firmanNya Yang Maha Kuasa bermaksud: Allah ada bersabda

“ Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, Lagi Maha Bijaksana.”

(Surah An-Nisaa’, 4: Ayat 56)


di akhir penceritaan tentang coretan deria ini.. mari kita selami suatu cerita silam kewujudan manusia yang bermula dari cinta Adam dan Hawa..

Rasulullah SAW bersabda,''sejahat -jahat manusia pada hari akhirat nanti ialah orang yang bermuka dua. Barang siapa bermuak dua di dunia ini maka di akhirat kelak dia akan mempunyai dua lidah dari lidah api neraka jahanam.''

Sabda Rasulullah lagi,''Tidak akan masuk syurga bagi orang yang suka membesar-besarkan cerita.

''Bila ditanya apakah hikmah, Baginda menjawab,''sesungguhnya Allah telah menciptakan semua makhluk itu mempunyai lidah samada yang boleh berkata-kata dan yang tidak boleh berkata,''

Seorang sahabat pun bertanya,''Kenapa ikan tidak mempunyai lidah?''Sabda Rasulullah SAW,''setelah Allah menciptakan Adam a.s,maka diperintahkan
sekalian malaikat agar tunduk sujud kepadanya. Semua malaikat patuh pada perintah itu kecuali iblis laknat .Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya keluar dari syurga dan di hapuskan rupanya yang elok itu lalu di hantar iblis ke bumi. Apabila di turunkan ke bumi iblis terus menuju ke laut.

Pertama sekali yang di jumpai iblis ialah ikan. Iblis pun menceritakan akan keburukan serta kekurangan Adam kepada ikan,'' Sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang -binatang yang ada di lautan dan juga daratan,''
Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu,ia pun segera menghebahkan nya kepada binatang laut yang lain mengenai berita tentang Adam a.s. Oleh kerna Allah tidak menyenagi perbuatan ikan itu lalu di hilangkannya lidah ikan agar tidak lagi menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.

oleh yang demikian.. kita sepatutnye bersyukur dengan setiap deria yang kita ada.. dan jagalah ia dengan sebaik mungkin.. berikan ia darah daging yang halal.. jagalah fungsi setiap deria dengan jalan yang betul.. insyaAllah akan dirahmati setiap perbuatan

Tuesday, January 5, 2010

TODAY GENETIC

sebelum kita pergi dengan lebih teliti... mari singkapi definisi SEL STEM......

Di dalam laporan
National Institutes of Health(NIH) berkenaan tentang sel stem mendefinisikan ia sebagai sel yang boleh diperbaharui dengan sendiri, sel ini tidak spesifik dan boleh membahagi kepada pelbagai jenis sel yang specifik di dalam badan. Proses di mana sel ini akan membahagi dan membentuk sel-sel yang lain dikenali sebagai pembezaan dan ianya adalah asas kepada pembentukan organisma. Terdapat pelbagai jenis sel stem dan boleh di dapati daripada embryo, fetus, dan orang dewasa.

terdapat 3 jenis sel stem yang utama bagi manusia iaitu
sel stem prenatal, sel stem postnatal, dan juga stem "Adult"... tahukah kita bahawa kesemua sel ini mampu membiak dengan sendirinya jika terdapt nutrisi yang tepat dan mencukupi???



hari ini
Bob Langer dan Joseph Vacanti telah mengumukan bahawa telah ada pengganti tisu mahupun organ2 manusia di pasaran...

" the day when replacement tissues and organs are readily available, custom-made for those who need them. "

dengan hasil ciptaan mereka, yang dikenali sebagai scaffolding membawa maksud perkakas yang boleh diuli ataupun diukur bagi membentuk seseuatu organ. bahan ini kemudiannya akan ditanam di bawah lapisan kulit tikus dan diberikan nutrisi. mereka telah menggunakan tikus sebagi media , ini dipanggil "mouse feeder". Bahan ini merupakan bahan "biodegradable" dan tidak membawa sebarang komplikasi.




walaupun demikian, masih diragui kemampuan tikus untuk hilang daripada sebarang jangkitan virus. ini kerana tikus merupakan haiwan yang membawa pelbagai jenis virus. sebagai contoh, air kencing tikus semasa kejadian banjir boleh mendatangkan keradangan mata.

##siapa yang nak pakai kulit tikus kan... tp renungkan lah ayat penciptanya....

according to Joseph Vacanti. :

"Both functions are important," "but, in many circumstances, the shape is less important than the exchange of nutrients. "

CARA MUDAH MENGHAFAL SIFIR 6 HINGGA 9

Salam kepada semua..

Dalam subjek matematik sekolah rendah tidak dapat dinafikan terhadap kepentingan sifir dalam menjawab soalan. Bagi menghadapi peperiksaan besar seperti UPSR sudah semestinya kita tidak mahu kehilangan masa yang banyak dalam usaha menulis kesemua urutan sifir.

Apa yang lebih memeranjatkan lagi, ada antara pelajar yang masih ga...gap bila ditujukan sifir. ditanya 4x9, 3 minit kemudian baru datang jawapan 36. ditanya lagi 9x4, memakan masa lagi 2 minit untuk jawapan 36. Jika ini diteruskan dalam ujian nescaya hanya 12 soalan saja yang mampu di jawab bagi kertas 1.

oleh itu, saya ingin berkongsi ilmu tentang teknik mudah bagi mengeluarkan jawapan sifir.. (#perlu diingat hafaz itu lebih efisien).. tapi saya yakin jika dipraktikan kita akan mudah hafaz secara tidak langsung

Taktiknya....

Kaedah ini menggunakan 10 jari kita dan digunakan untukk sifir 6 hingga 9 sahaja. Dengan anggapan 1 hingga 5 adalah sifir yg senang diingat oleh para pelajar (mudah-mudahan).

*Jari kelingking mewakili 6
*Jari manis mewakili 7
*Jari hantu - 8
*Jari telunjuk - 9

Contoh: 7 darab 8=





cara-cara

1. Cantumkan
jari manis tgn kiri dengan jari hantu tgn kanan.

2.
Tambahkan jumlah semua jari dari yg bercantum dan ke bawah. Maksudnya jari manis ada 2, ditambah dgn jari kelingking ada 2 dan jari hantu ada 1 menjadi 5 (ini membawa maksud 50).

3. Kemudian jari2 yg tidak bercantum yang berada di atas jari yang bercantum, iaitu tgn kanan ada 2 dan tgn kiri ada 3.
Darabkannya, 3x2 menjadi 6.

oleh itu, jwpnnya
56. Boleh cuba dengan darab nombor lain ... selamat mencuba

Mudah kan.. ingat.. "hendak seribu daya, tak nak seribu dalih"


Saturday, January 2, 2010

JADUAL WAKTU TAHUN 2010


SEKOLAH RENDAH


SEKOLAH MENENGAH

LIST OF TUTORS (SENARAI NAMA PENGAJAR)