Saturday, January 23, 2010

SEDIKIT CORETAN DERIA


PERNAH KAH KITA TERFIKIR....
bagaimana manusia mengetahui sistem deria mereka terletak dibawah lapisan kulit??
adakah jawapannya sesenang "kulit aku sakit kena air panas, mestilah die kat kat kulit"!!!

bagaimana pula kita menjawab persoalan tentang haba matahari?
mereka pernah bertanya kepada sahabat mereka... kenapa matahari megeluarkan kepanasan??
mereka menjawab...
"sedangkan ia bercahaya terang.. masakan kamu tidak terasa panasnyee.."
mereka bertanya lagi...
" dan bagaimana pula bulan yang diatas kamu.. ia bercahaya juga.. tp kenapa malam2 kamu dibaluti kesejukan????"

ini membuktikan tidak semua soalan yang mudah harus dijawab dgn jawapan yg mudah... ia memerlukan kita kembali kepada Al-Quran.. yg memimpin ummah manusia sekian lama...

berbalik kepada deria rasa.. Pengethuan mengenai ciri deria-merasa ini sudah diketahui sejak lama dahulu, seperti yang dinyatakan ayat Surah An-Nisaa’, 4: Ayat 56 bahawa jika seseorang itu membuat dosa, dia akan diazabkan dengan dibakar kulitnya, kemudian Allah subhanahuwata’ala akan menggantikan kulit yang baru untuknya supaya dia boleh terus merasai keazaban itu. Ini bermakna mereka tahu sejak lama dahulu bahawa penerima deria rasa sakit berada di dalam kulit, justeru, mereka menggantikan kulit yang baru.

ayat ini dengan jelas menerangkan tiada apa yang menyebabkan mereka merasa kesakitan kecuali dengan kulit mereka.. Justeru, jika kulit telah hangus terbakar secara keseluruhanntya, ia akan kehilangan deria rasanya. Oleh kerana itulah, Allah subhanahuwata’ala akan menyiksa mereka yang tidak beriman di Hari Pembalasan dengan memberikan kulit yang baru kepada mereka setiap kali kulit sebelumnya telah habis hangus, sebagaimana firmanNya Yang Maha Kuasa bermaksud: Allah ada bersabda

“ Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, Lagi Maha Bijaksana.”

(Surah An-Nisaa’, 4: Ayat 56)


di akhir penceritaan tentang coretan deria ini.. mari kita selami suatu cerita silam kewujudan manusia yang bermula dari cinta Adam dan Hawa..

Rasulullah SAW bersabda,''sejahat -jahat manusia pada hari akhirat nanti ialah orang yang bermuka dua. Barang siapa bermuak dua di dunia ini maka di akhirat kelak dia akan mempunyai dua lidah dari lidah api neraka jahanam.''

Sabda Rasulullah lagi,''Tidak akan masuk syurga bagi orang yang suka membesar-besarkan cerita.

''Bila ditanya apakah hikmah, Baginda menjawab,''sesungguhnya Allah telah menciptakan semua makhluk itu mempunyai lidah samada yang boleh berkata-kata dan yang tidak boleh berkata,''

Seorang sahabat pun bertanya,''Kenapa ikan tidak mempunyai lidah?''Sabda Rasulullah SAW,''setelah Allah menciptakan Adam a.s,maka diperintahkan
sekalian malaikat agar tunduk sujud kepadanya. Semua malaikat patuh pada perintah itu kecuali iblis laknat .Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya keluar dari syurga dan di hapuskan rupanya yang elok itu lalu di hantar iblis ke bumi. Apabila di turunkan ke bumi iblis terus menuju ke laut.

Pertama sekali yang di jumpai iblis ialah ikan. Iblis pun menceritakan akan keburukan serta kekurangan Adam kepada ikan,'' Sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang -binatang yang ada di lautan dan juga daratan,''
Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu,ia pun segera menghebahkan nya kepada binatang laut yang lain mengenai berita tentang Adam a.s. Oleh kerna Allah tidak menyenagi perbuatan ikan itu lalu di hilangkannya lidah ikan agar tidak lagi menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.

oleh yang demikian.. kita sepatutnye bersyukur dengan setiap deria yang kita ada.. dan jagalah ia dengan sebaik mungkin.. berikan ia darah daging yang halal.. jagalah fungsi setiap deria dengan jalan yang betul.. insyaAllah akan dirahmati setiap perbuatan

No comments:

Post a Comment