Tuesday, January 5, 2010

TODAY GENETIC

sebelum kita pergi dengan lebih teliti... mari singkapi definisi SEL STEM......

Di dalam laporan
National Institutes of Health(NIH) berkenaan tentang sel stem mendefinisikan ia sebagai sel yang boleh diperbaharui dengan sendiri, sel ini tidak spesifik dan boleh membahagi kepada pelbagai jenis sel yang specifik di dalam badan. Proses di mana sel ini akan membahagi dan membentuk sel-sel yang lain dikenali sebagai pembezaan dan ianya adalah asas kepada pembentukan organisma. Terdapat pelbagai jenis sel stem dan boleh di dapati daripada embryo, fetus, dan orang dewasa.

terdapat 3 jenis sel stem yang utama bagi manusia iaitu
sel stem prenatal, sel stem postnatal, dan juga stem "Adult"... tahukah kita bahawa kesemua sel ini mampu membiak dengan sendirinya jika terdapt nutrisi yang tepat dan mencukupi???



hari ini
Bob Langer dan Joseph Vacanti telah mengumukan bahawa telah ada pengganti tisu mahupun organ2 manusia di pasaran...

" the day when replacement tissues and organs are readily available, custom-made for those who need them. "

dengan hasil ciptaan mereka, yang dikenali sebagai scaffolding membawa maksud perkakas yang boleh diuli ataupun diukur bagi membentuk seseuatu organ. bahan ini kemudiannya akan ditanam di bawah lapisan kulit tikus dan diberikan nutrisi. mereka telah menggunakan tikus sebagi media , ini dipanggil "mouse feeder". Bahan ini merupakan bahan "biodegradable" dan tidak membawa sebarang komplikasi.




walaupun demikian, masih diragui kemampuan tikus untuk hilang daripada sebarang jangkitan virus. ini kerana tikus merupakan haiwan yang membawa pelbagai jenis virus. sebagai contoh, air kencing tikus semasa kejadian banjir boleh mendatangkan keradangan mata.

##siapa yang nak pakai kulit tikus kan... tp renungkan lah ayat penciptanya....

according to Joseph Vacanti. :

"Both functions are important," "but, in many circumstances, the shape is less important than the exchange of nutrients. "

No comments:

Post a Comment